Orang Gaji ke Hamba Abdi? 45.ii | Wednesday, May 22, 2013 |
0 comment(s)
BAHU jalan penuh berbaris kereta buatan Malaysia dan luar negara. Jalan sesak usah cerita. Seperti ada perhimpunan haram berlangsung mengganggu lalu lintas. Mujur ada ruang untuk keretanya menyelit. Kena saman atau tidak, itu lain cerita. Dia cuma nak pulang paku buah kerasa pada orang disebelah.
" Kerja apa yang awak nak buat kat sini?" Aeman berkerut dahi tak cukup leher memandang sekeliling.
" Kerja buang masa, duit, tenaga. Kalau ikut mulut tu diam." Sakinah meletakkan telunjuk di bibir dengan muka kejam. Amaran pertama. Dia tahu telinganya bakal bocor mendengar rungutan Aeman sekejap lagi. Oleh itu, dia sudah cukup bersedia. Sunglasses sudah disarung berlindung dari terik matahari. " Jom." Dia membuka pintu kereta. Aeman meurut dalam keterpaksaan. Lagi kejam dari mak tiri Snow White ni. Perkara pertama yang membunuh perasaannya ialah khemah-khemah yang berceracak di tanah lapang. Belum bab umat manusia yang berpusu-pusu tak henti. Habislah...
" Kina." Aeman memanggil Sakinah yang sudah mendahului enam tapak dihadapan sambil menarik troli mininya.
" Kita nak ronda tempat seluas-luas alam ni ke? Awak tahukan saya sakit?"
Angguk.
" Awak tahu saya tak suka tempat begini?"
Angguk. Tak bersalah dengan kening terangkat.
" Jadi, awak tak rasa yang kita patut cari tempat lain untuk awak buang masa, duit dan tenaga awak tu?" Kerana secara rasminya dia sudah terlibat sama.
Wehooooo! Sakinah bersorak dalam hati bila bunga-bunga kemenangan berpihak padanya. Belum cukup lagi... " Sama ada awak nak ikut atau nak tunggu dalam keretasaya tak kisah. Pilihlah mana yang awak suka." Sacarstic. Aura menyakat Aeman sudah berpindah sepenuhnya pada Sakinah. Tak jauh beza rupanya dengan Aeman bila kuasa jahat dah mula menguasai diri.
" Saya ikut awak." Senyum Sakinah melebar. Menang lagi.
JARI sakinah laju mengira duit sementara peniaga itu sibuk memasukkan semua T-shirt ke dalam plastik besar. Aeman terduduk dikerusi. Mengelap keringat dengan sapu tangan yang sentiasa ada di dalam poket. Mujur dia pakai topi, terlindung juga dari terbakar muka.
" Ni, bang. saya beli." 3 keping not 50 bertukar milik siap dengan akad jual beli. Dia kemudiannya mengangkat plastik penuh berisi baju ke dalam troli. Nak menjinjit sampai kereta pasti putus tangannya.
" Abang jual. Terima kasih, dik."
"Sama-sama." Sakinah beralih tumpuan pada Aeman yang masam mencuka. Tak bersuara dari tadi. Protes habis-habisan ni. " Mari saya belanja awak something special. Hadiah sebab jadi sangat baik hari ini." Ambil hati. Risau juga kalau-kalau Aeman pengsan dekat tengah-tengah pasar kabut ni. Baru betul kelam-kabut nanti.
Aeman bangkit, berjalan seiiringan dengan Sakinah. Sengaja mogok suara. Gadis itu tahu dia tak suka akan semua ini, kenapa masih mahu memaksa? Bersentuhan bahu dengan entah apa-apa orang, sampah bertaburan di sana-sini serupa orang tak punya kesedaran sivik, tak cukup dengan itu persaingan antara pekedai di mana telinganya yang menjadi mangsa terpaksa mendengar jeritan mempromosikan barang di khemah masing-masing.
" Nak ke mana lagi ni?" Suara Aeman kasar sedikit dari mak tiri Bawang Merah. Lainnya sekadar tak cukup nyaring brbanding lakonan Siti Tanjung Perak yang terkenal dengan membawa watak jahat semedang.
" Ai, marah?" Sakinah mencurah minyak ke api yang baru nak menyala.
" Ada nampak macam saya tengah bersuka ria ke?" Suara Aeman naik seoktaf. Malas nak bertekak dengan Sakinah ditengah panas. Penat nak bergaduh mulut. Tak tambah bab bersesak-sesak dengan orang ramai yang makin bertambah bilangannya. Tak faham kenapa orang sanggup berasak-asak di bawah terik matahari sedangkan pilihan yang lebih selesa ada di depan mata. Bukankah mereka boleh memilih shopping complex yang sudah tentu, pasti dan sahihnya menyediakan keselesaan menyeluruh. Jika bukan kerana dia terpaksa melayan fe'el Sakinah, dia takkan mahu menjejak kaki ke sini. Sejak dulu, pasar tani, pasar malam, waima pasar basah pagi pun dia tak pernah rela hati nak jejak. Beli makanan jauh sekali. Dicop sombong pun boleh buat dek sebab memang tak suka. Paksa-heret sekalipun tak ubah apa-apa. Hari ini mencatat sejarah sepanjang kehidupannya paksa-rela mengekor Sakinah. Kalau cerita pada Aisyah, mati hidup semula belum tentu dia nak percaya.
" Kita pergi beli makan kegemaran saya. Kat sini awak boleh makan apa aje yang awak nak selain daripada makan Perancis, German, dan Eropah Barat." Sakinah keluar lawak tak berkualitinya dengan harapan kerutan di wajah Aeman bertukar dengan senyuman. Hampeh! Makin berkerut adalah.
" Awak suka makan apa? Saya boleh carikan. Here is where I called it as food paradise. Welcome to my world." Bersinar-sinar mata bila ternampak deretan gerai makanan di hadapannya. Beza langsung dengan Aeman yang tarik muka tak puas hati.
"AMBIL satu, cuba rasa dulu. Asyik nak mengomel aje dari tadi." plastik berisi apam balik rangup disua kepada Aeman. Sekeping sudah selamat dibedal waktu berjalan tadi. Buat pekak telinga pada omelan Aeman yang tak berhenti.
" Tak nak." Leher baju di kibas-kibas. Panas. Air-cond yang super kuat pun tak terasa kalau bahang matahari macam ni punya dasyat. Dia mendekatkan badannya pada lubang air-cond. Sakinah menyua plastik dekat ke muka Aeman. Aeman tepis lagi. Dia tak mahu sakit perut sebab makan makanan entah apa-apa itu.
" Tak baik tau awak tolak rezeki. Tapi kalau awak taknak, maknanya ini memang rezeki sayalah." Jangan malam nanti tiba-tiba kau telefon minta buat apam balik untuk kau, memang nak kena lipat 18 la jawabnya tu. Mulutnya disumbat lagi sehinga penuh. Aeman tidak dihiraukan lagi. Anggap sahaja dia tak wujud. Bukan selalu boleh dapat yang superb macam ni.
" Kita nak pergi mana lagi ni? Tanya Aeman. Dia masih mengerling dengan ekor mata pada sakinah yang tidak mengendahkannya. Memang terliur melihatkan Sakinah yang semangat itu, tetapi dia tak punya hati untuk mencuba. Lagipun, takkan dia tiba-tiba nak minta daripada Sakinah. Menjatuhkan air muka sendiri namanya tu.
" Adalah." Hand brake dilepaskan, dan signal ke kanan diberikan. Sakinah bertukar lorong selepas sebuah kereta Honda Civic putih melintasinya. Plastik apam balik diletak di celah kaki, diambil sedikit dan disuap ke mulut.
Aeman mencebik. Entah mana-manalah agaknya itu.
"Tolong bukakan botol 100 plus tu." Minta Sakinah tiba-tiba. Mukanya merah padam memandang ke arah Aeman dan jalan raya berganti-ganti.
" Aeman cepatlah." Gesanya. Gumpalan apam balik yang tidak hadam tersangkut dikerongkong munyukarkannya untuk bernafas. Bahu Aeman digoncang kuat tanda dia bukan main-main. Berkali-kali sambil menunjuk ke arah anak tekak yang sarat berkumpul habuk apam balik garing. Demi melihatkan Sakinah yang dah bertukar warna itu, laju Aeman mencapai botol 100 plus dari dalam salah satu plastik makanan yang dibeli Sakinah tadi.
" Gelojoh lagi, kan dah tercekik. Lain kali sebelum makan baca Bismillah dulu. " Sempat dia menyampaikan tazkirah tak berbayar sebelum botol itu disambar Sakinah. Dia sendiri telan liur tengok betapa tak senonohnya budak sorang ni meneguk air. Itupun 100 plus. Gila apa.
"Ahh... Burpp!"
MasyaAllah, budak ni! Aeman tak mampu nak menegur. Mungkin Sakinah merasakan kehadiran dia di seat penumpang ini sekadar halimunan. Atau mungkin dia sengaja mahu menambah perisa pada perasaan Aeman. Sengaja mahu buat Aeman rasa meluat padanya. Siapa tahu.
" Kina!" Aeman mendecit tak puas hati. Kot iyelah benci sangat, cuba jaga perangai. Aci redah aje. Sengihan Sakinah tak memadamkan sebal di hati Aeman. Apa ingat dia Syahmin ke nak redah semua benda. Bakal suami ni!
"Awak boleh buat ke?" Lain pula yang diucapkan oleh sakinah Siap angkat-angkat kening lagi.
" Tak kuasa nak layan budak tak cukup umur." Aeman menongkat kepala dengan pemunbuk kiri, siku disandarkan pada cermin kereta. Teruk kena main hari ni.
Nickelback berlagu kuat di earphone yang sama dikongsi dengan Zafirah disebelah. Gadis itu berbaring menghadapnya sambil membaca majalah Remaja keluaran terbaru. Manakala Sakinah meniarap dihadapan lapton. Menonton A Series of Unfortunate Events entah untuk kali yang keberapa puluh. Unik dan kreatif, namun tak mendapat sambutan. Tiga orang adik-beradik Baudelaire itu sedang berdayung menuju ke Curdled Cave mencari Aunt Josephine yang disangka membunuh diri pada awalnya. Bunyi isyarat mesej masuk ke inbox mengganggu tumpuannya seketika.
" Siapa?" Zafirah tiba-tiba menjengah dari tepi. Refleks sakinah terkebelakang, menelangkup skrin telefon bimbit ke cadar katil. "Oh, Aqilah ke..."
"Dah tu kau rasa siapa? Johny Depp?" Keninnya terangkat memerli Zafirah.
"Mana tahu Jonhy Depp Malaysia ke yang message kau." Sakinah menolak Zafirah menjauhinya. Dia faham maksud disebalik itu. Dia bukan belajar sampai Tahap 1 aje, penat Atuk hantar pergi Universiti, biaya yuran mahal-mahal kalau dia tak pandai nak menangkap maksud di sebalik ayat Zafirah yang dalam maknanya itu.
" Dia tak ada telefon langsung?"
Geleng.
"Skype?"
Geleng.
Parah. "YM! ? "paling legend ni.
"Tak." sakinah menjawab malas. Matanya tertumpu pada skrin laptop.
" Terserempak kat mana-mana ke?" Dasyat ni. Perang Dunia Ketiga dah meletus tanpa pengetahuannya kah?
" Zaf, pernah ke aku tak bagi tahu kalau aku keluar dengan siapa-siapa?" Penat mendengar Zafirah cuba menyoal siasat.
" Ramai ke skandal kau yang aku tak tahu ni?" Zafirah buat muka tak percaya. Gelaknya pecah melihat Sakinah nak sambung bicara. Tak boleh jadi ni.
" Jadi, kau langsung tak jumpa dialah ni? Tak rindu ke?" Satu soalan lagi diaju sebelum Sakinah sempat menarik nafas.
" Soalan tu tak ada dalam syllabus aku. Aku tak perlu jawab kot." Dia cuba menumpukan perhatian pada skrin laptop. Tak ada mood nak bersoal-jawab tentang hal ini. Salah diakah kalau Aufa langsung tak menegur? Salah dia jugakah kalau meminta sedikit masa untuk berfikir tentang masa depannya? Aeman mungkin alasan terbaik untuk dia bertukar fikiran di saat-saat terakhir. Jika nak difikir secara logik, jika Aeman tak muncul sekalipun, belum tentu mereka boleh bersama sekarang. Perjalanan hidupnya masih jauh berbatu kalau nak dibilang bermula hari ini. Dia terlalu muda untuk mengorbankan masa untuk cinta, apalagi berpacaran. Dia bukan Kak Mai yang boleh tahan perangai Along yang tak reti nak serius. Bukan juga Zafirah atau Aqilah yang boleh pegang handphone dalam tangan 24 jam macam nyawa sendiri.
" Kina... Kau tahu yang kau boleh turn kat aku kalau ada apa-apa kan. " Zafirah dah mula nak praktis kemahiran semula jadinya. Pakar kaunseling.
" Kau nampak macam aku ni ada apa-apa ke, Zaf?" Anak mata Zaf direnung, menambah kenyakinan yang dia memang sihat walafiat dari segi mental dan fizikal. Bab rambut gaya mak lampir ni tolak tepi. Ini fesyen terbaru orang lepas mandi yang malas sikat rambut. Fesyen ini famous dikalangan wanita-wanita yang baru selesai mandi wajib.
" Ikut kaulah. Eh, Sabtu ni kau ikut kitorang tak?" Zafirah bertukar watak sekelip mata. Tak payah sibuk-sibuk kalau orang taknak cerita. Masing-masing dah besar panjang, masalah boleh selesai sendiri. Dia masih tahu hormat privasi orang lain.
"Nak pergi mana?" Posisi meniarap bertukar pada bersila. Filem di laptop sudah dibiarkan. Bila-bila boleh ulang lagi, bila-bila yang Zafirah tak ada di rumahnya untuk ajak berborak. Heh, ayat kejam.
" Reunion. Aufa tak ajak?" Zafirah berkerut pada Sakinah yang selamba meyimpul rambut.
" Tak. Dia pergi dengan orang lain agaknya." Ada nada jauh hati dapat dikesan di situ. Tak tahulah pula kalau telinganya menipu. Riak Sakinah yang tak berubah masih lagi ditafsir maksudnya. Betul tak kisah ni?
" O...key. Jadi aku dengan Aqilah datang teman kau lambat sikitlah. Kau tak kisahkan?"
Sakinah angguk, menyimpan rahsia yang dia akan menemani Aeman ke majlisnya pada malam yang sama. Pada firasatnya, tak perlu nak dihebohkan rutin hariannya pada semua orang. Pada Zafirah, lagilah... Makin meliar gosip-gosip panas yang tak berasas kalau dia tahu cerita.
back to top
R.A.D.S : Hidup tentang satu pilihan. | Sunday, May 12, 2013 |
1 comment(s)
Reuben - Aku tak ada pilihan. Jadi ini adalah jalan yang aku fikir paling sesuai untuk aku waktu itu. Dan ia berlanjutan sehingga hari ini dan sampai bila-bila mungkin.
Anith -Tak ada pilihan yang buruk dalam dunia kerana kita sentiasa diberi hak untuk memilih.
Dr. Sid - Hidup adalah tentang membuat pilihan. Kau akan sentiasa perlu memilih walaupun kau tak suka akannya.
Labels: Cerpen
back to top